Monday, February 15, 2016

Kebahagiaan vs Dugaan.

Assalamualaikum :)

Sesuatu yang diimpikan oleh semua manusia iaitu KEBAHAGIAAN, tetapi untuk mengecapi nikmat kebahagiaan itu tidak mudah. Akan disilih ganti dengan dugaan . Ada juga yang diduga sebelum mengecapi nikmat kebahagiaan itu. Kebahagiaan tidak semestinya hanya mengenai percintaan, kebahagiaan dari pelbagai aspek seperti keluarga, perkerjaan, & rakan-rakan.

Kebahagiaan vs Dugaan.

Kadang kala kita diberikan kebahagiaan dalam sesuatu perkara tetapi kebahagiaan itu tidak kekal. Mungkin dilanda badai, diduga diri kita. Mampu atau tidak menghadapinya. One thing, kita sebagai manusia semestinya akan berasa down apabila kita diduga. Apa yang diimpikan tidak berpanjangan.

“Kusangkakan panas sehingga ke petang rupanya hujan di tengah hari”

Berbalik pada diri mampu tak untuk menghadapi dan cara kita menyelesaikannya. Penyelesaiannya ialah berbalik pada Maha Pencipta. Memohon petunjuk dan doa untuk setiap masalah. Berfikir lah kenapa aku diduga seperti ini? Mungkin Sang Pencipta memberi dugaan kerana rindu akan hambaNya. Mungkin juga mahu mengingatkan kita bahawa kita hanya insan yang kerdil. Tidak sepatutnya membanggakan diri dan bersikap bongkak.

Apabila berada disituasi yang menyebabkan kita down, disitulah kita akan lihat sekeliling kita. Manusia yang manakah yang tinggalkan kita dan manusia mana yang sentiasa ada untuk kita.

“Never forget the person that crying with you and because of you”

Sebelum marasai manis sesuatu perkara itu, kita terpaksa merasai kepahitannya dulu. Jangan pernah menyalahkan orang lain dengan apa yang menimpa kita. Berfikir secara wajar. Tapi akan ada yang tanya macam mana kita nak survive dalam situasi yang down. Macam mana nak bangun balik? Macam mana nak kuat balik? Jawapannya, disitulah insan-insan yang ikhlas dengan anda akan kelihatan. Hargailah mereka.


No comments: