Wednesday, December 7, 2016

AKU JAHAT

ASSALAMUALAIKUM
.
.
Aku jahat. Dari penglihatan manusia aku jahat, Mereka tidak. Riak sombong dan bongkak diwajah aku. Aku dianggap jahat. Aku berbicara dan bereaksi berdasarkan apa yang engkau bicarakan dan reaksi engkau
.
Aku tidak sombong dan bongkak. Tapi disaat engkau tegas dalam  berbicara, aku memilih berkeras juga. Setiap yang keluar dari mulutku dianggap pedih. Ya, tidak malu mengaku memang lidahku bagai pedang yang menghunus tepat ke jantung sesiapa yang mendengar. Tidak pernah malu untuk mintak maaf andai aku keterlaluan.
.
Tapi sayang manusia lebih suka diam dan berdendam. Karekter masing-masing mungkin. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Kadang kala tidak mengerti, manusia itu tahu baik dan buruk, betul dan salah. Mempunyai akal yang sama untuk membezakan sesuatu perkara yang betul dan tidak.
.
Dihukum berdasarkan pandangan manusia bukan dengan penjelasan. Sungguh hebat seorang manusia yang itu apabila orang boleh mempercayai setiap perkara tanpa usul periksa. Sungguh cetek permikiran. 
.
Berfikir apa yang dikatakan berdasarkan luaran manusia itu. Sungguh aku tidak faham. Mengapa mereka bertindak begitu? Sedangkan akal yang diberikan adalah sama untuk setiap manusia berfikir. Sekali lagi dihukum tanpa usul periksa.
.
Sungguh tiba waktu, segalanya terbongkar. 
.
.....

No comments: